Tuesday, October 14, 2008

Birthday present


Masih pakai ini ada lebih separuh...jimat cermat membawa berkat.


HUGO BOSS Selection ini adalah ranking no1 yang top sekarang, promotore tu suruh saya beli, emm saya kata lain kali, not neccesary just now, masih ada lagi perfume yg beli tahun lepas..TOMMY HILFIGER ...membazir jer pakai dulu habis baru beli.Zaman sekarang kena berhemah berbelanja.


Semalam pergi beli hadiah birthday untuk lovely wife, dia nak perfume ronda di Queensbay di Parkson try la macam2 jenis eau de toilette Escada, HUGO BOSS, ntah apa2 lagi pun tak tau nak sebut. Pilih punya pilih tak larat nak bau pening kepala je, my wife beli HUGO BOSS XX for woman 100ml@RM263. Apa pun Selamat Menyambut Hari Lahir ke 3X, rahsia... dah season dah, semoga Allah panjangkan umur, murah rezeki dan sihat walafiat. 

Monday, October 13, 2008

Kerawang pakej

Kami menawarkan pakej perkahwinan yang fleksibel mengikut budget anda, tiada masalah lagi untuk mengabadikan foto perkahwinan kerana kos yang tinggi. Zam Phographer bersedia memenuhi impian anda menjadi nyata dengan pakej serendah RM288. Untuk maklumat lanjut dan tempahan hubungi no ini. Zam 019-4415767. Kami mengabadikan kenangan anda. Kawasan perkhidmatan kami Pulau Pinang, Utara Perak, Kedah dan Perlis.


Hari ini cari kerawang design dan beli online dari http://www.kerawang.net dengan harga RM27 untuk koleksi diri sendiri dan design pada masa hadapan. Salah satu contoh kerawang yang diupload. Ada banyak koleksi kerawang ni so berbaloi la dengan harga tu!

Sunday, October 12, 2008

Kuala Kangsar With Love


Bertolak balik penang lepas solat maghrib dalam jam 7.45mlm sampai kat Seberang Jaya singgah Sunway Carnival Mall jam 9.00mlm, saja ronda2 masuk dlm kul 10mlm...lapar la pulak..singgah makan dekat Keys Char Koey Teow first time makan kat sini....biase jer.

Makan Lagi...lagi2 makan...bak kata orang selagi hidup makan..makan..makan  .

Makan time... selera nak mencuba mee rebus kuale dan minuman pilihan ais kacang...nyam2-nyam sedap tu boleh tahan jer anyway Penang food lagi sedap...*pic dicilok dari suriatakeaway.com






Pelbagai kraftangan daripada rotan dan mengkuang yang dijual di bazar KK ni. Sempat juga beli tudung saji @RM23, rotan@RM2.00, bantal kekabu asli @RM14 sebiji, golok @RM11.

Sempat juga bersolat Asar dan Maghrib (berjemaah) dan solat sunat dan hajat, kata orang tua2 baik bersolat di masjid yang tertua dan bersejarah seperti Masjid Ubbudiah ni. Semoga hajat dan cita-cita tercapai insyallah.



Beg tangan anyaman mengkuang yang berwarna warni 

Jambatan di KK pada waktu malam cantik, dengan limpahan lampu neon menerangi Sg KK



Labu sayong beli untuk souvenir untuk majlis perkahwinan yg akan berlangsung 19hb Okt ini, ada beli 50biji jer @RM1.70 sebiji.